Wednesday, 26 June 2013

Cara Membuat Pengujian Talian 1BESTARINET / INTERIM Menggunakan testmy.net & speedtest.net


testmy.net

LANGKAH 1
Buka Browser (Modzilla Firefox, Internet explorer, Google Chrome). Masukkan url berikut: http://testmy.net

LANGKAH 2
Click button Test My Internet



LANGKAH 3
Tunggu sehingga proses selesai seperti paparan dibawah








LANGKAH 4
















Berikut adalah result keputusan ujian anda setelah proses selesai


Speedtest.net

Langkah 1
Buka Browser (Modzilla Firefox, Internet Xplorer, Google Chrome). Masukkan url berikut: http:// www.Speedtest.net . Klik butang BEGIN TEST dan tunggu paparan proses selesai seperti gambarajah 2 dibawah.


Gambarajah 1


Gambarajah 2


Wednesday, 19 June 2013

Cara Menggunakan Hiren’s Boot CD Norton Ghost

Cara Menggunakan Hiren’s Boot CD Norton Ghost (Menginstall Ulang Lebih Cepat)

Cara Menggunakan Hiren’s Boot CD Untuk Backup Windows dan Aplikasi
  1. Install sebuah windows (windows 7, windows 8, windows vista ataupun windows xp) dalam suatu laptop
  2. Install driver laptop dan komputer. Baca koleksi lengkap driver acer windows xp, driver dell windows 7
  3. Install aplikasi yang paling diperlukan untuk penggunaan komputer personal
  4. Restart Komputer dan masukkan CD Hirens Boot CD Norton Ghost
  5. Setting bios dengan menekan F2 atau Del untuk menentukan urutan boot sequence CD (baca point 1 cara install windows xp tentang berkenalan dengan bios dan cara setting bios)
  6. Setelah selesai restart semula komputer, komputer secara automatic detect CD Hiren’s Boot kerana setting yang telah dibuat pada langkah 5
  7. Pilih Local > Partition > To Image (bertujuan untuk membuat backup partition dan menyimpannya dalam bentuk file image).
  8. Pilih hard disk tempat menginstall windows dan aplikasi/software (biasanya partition c:\).

    9. Pilih partition yang ingin di backup, partition c (partition tempat install windows dan aplikasi

    10. Tentukan dimana anda akan menyimpan file hasil backup hirens boot norton ghost dan klik Save.

    11. Klik OK untuk memulakan pembuatan image “Proceed with partition image creation?”.

    Tunggu hingga proses backup selesai, restart pc dan kembalikan setting urutan booting sequence pada langkah 4 di atas agar membaca hardisk pertama kali.

    Cara Restore File Menggunakan Hiren’s Boot CD NOrton Ghost

    1. Hidupkan komputer anda dan masukkan CD Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah boot sequence kepada CD (sama seperti langkah mengubah boot sequence sebelumnya).

    2. Setelah komputer restart, akan dipaparkan menu Norton Ghost

    3. Pilih Local > Partition > From Image. Pilihan ini bertujuan untuk restore semula fail Ghost tadi kepada partition asal.

    4. Pilih file backup ghost sebelumnya dan klik Open.

    5. Pilih partition yang yang anda hendak restore.

    6. Klik OK dan proses restore akan dimulai“Proceed with partition restore? Destination partition will be permanently overwritten”. Tunggu hingga proses restore selesai, dan anda boleh restart semula PC setelah proses selesai.
    Untuk testing cara ini, anda digalakan menggunakan komputer yang anda rasa tidak penting untuk proses backup dan restore menggunakan hirens boot cd norton ghost dengan tutorial/panduan di atas. Terima kasih

    Perisian Hiren's BootCD


    Mungkin ramai yang tahu tentang tool yang satu ini yang biasa digunakan oleh para technician komputer kerana simple, mudah digunakan, dan lengkap juga toolnya. Dalam CD Hiren's BootCD terdapat bermacam-macam tool diantaranya sebagai berikut :

    All in One Bootable CD which has all these utilities:
    • Antivirus Tools
    • Backup Tools
    • BIOS / CMOS Tools
    • Browsers / File Managers
    • Cleaners
    • Device Driver Tools
    • Editors / Viewers
    • FileSystems Tools
    • Hard Disk Tools
    • MBR (Master Boot Record) Tools
    • Ms Dos Tools
    • Network Tools
    • Optimizers
    • Other Tools
    • Partition Tools
    • Password Tools
    • Process Tools
    • Recovery Tools
    • Registry Tools
    • Remote Control Tools
    • Security / Encryption Tools
    • Startup Tools
    • System Information Tools
    • Testing Tools
    • Tweaker

    Tool-tool diatas diantaranya biasanya digunakan untuk perbaikan Operating System (OS), registrasi yang rosak, Low Level Format HDD, Reset/Update Bios, dan masih banyak lagi yang lainya.

    Ok, sekarang kita kembali ke inti cara menggunakan Hiren's BootCD. Untuk yang pertama download dulu softwarenya disini.

    Kemudian, burn software Hiren’s BootCD ke CD dengan speed 16x. Setelah selesai, setting boot anda kepada CD..macam anda format pc/laptop.. tekan F12..

    Tuesday, 18 June 2013

    Membuat facebook page dan like box dalam blog & website


    Facebook like page adalah satu jaringan sosial yang penting bagi meningkatkan populariti  sesuatu blog atau web site. Pemasangan facebook like box pada blog akan membolehkan pengunjung mengklik like jika suka dengan blog anda.


    Cara membuat facebook page

    1. Log in dahulu ke facebook anda

    2. Pada senarai menu sebelah kiri terdapat pages----create a page atau boleh juga masuk ke http://www.facebook.com /pages/create.php

    3. Kemudian pilih brand or product


    4. Pilih website dari senarai option dan namakan page yang anda inginkan pada brand or product name,

    5. Tandakan pada I agree with facebook page terms dan klik pada get started


    6. Kemudian anda akan dibawa ke paparan setup page anda

    7. Pada profile picture anda boleh masukkan imej untuk page anda

    8. Kemudian pada about masukkan keterangan berkenaan page anda

    (Boleh juga skip pada bahagian ini kerana anda boleh memasukkan kemudian pada page anda)

    9. Kemudian dapatkan dan salin url page anda pada ruangan url dibrowser.

    Langkah seterusnya:

    Cara membuat like box
    Masuk ke halaman berikut http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box/


    Setting pada Facebook Like Box:
    - Facebook Page url: Masukkan url page anda disini
    - Width: Lebar like box
    - Color scheme: pilihan warna terang atau gelap
    - Show Faces: Jika anda ingin menampilkan imej profail bagi facebook
    - Border color: Masukkan kod warna jika ingin meletak border atau kosongkan untuk transparent.
    - Show stream: Jika ingin memaparkan posting terakhir anda.
    - Show header: akan memaparkan tulisan header "Find Us on Facebook".

    Preview akan terpapar di sebelah kanan form setelah disikan.
    Klik pada get code (salin kod likebox anda disini)

    Paparan kod akan keluar terdapat kod dalam kategori HTML5,XFBML,IFRAME dan URL.

    Salin kod pada IFRAME

    Memasukkan widget pada blog

    Kemudian masuk kedashboard blog anda:
    Bagi dashboard baru:
    Pilih Layout….Add a gadget

    ..HTML/Javascript

    bagi dashboard lama:
    Pilih design…page elements…add a gadget
    Dan masukkan kod facebook like anda disini dan klik save

    Penipu Jual Portable Harddisk Palsu di PC Fair


    Nie kes penipuan berlaku di PC Fair dimana menurut sumber di forum lowyat.net penipuan ini berlaku kepada sahabat beliau yang telah membeli sebuah portable hdd berkapasiti 500GB dari salah satu peniaga yang berniaga di PC Fair 2012 baru-baru ini. Hati-hati ye lepas nie..



    Tengok luaran memang nampak ori sebab dia memang pakai casing ori tapi kat dalam dia letak pendrive je nak berat dia letak pemberat.. siut betul..

    Korang search dekat google korang akan jumpa kes serupa macam ni di luar negara juga antaranya kat link ni http://tech.watchstor.com/storage-module-136905_2.htm dan http://www.cntechnews.info/3-15-the-advent...ackdown-secret/ dan juga yang ni http://news.cnnb.com.cn/system/2012/03/19/007267532.shtml.


    Memang kreatif kan si penipu ni sampai ramai yang terkena. So, kalau sesiapa yang berhajat nak beli External Hard Disk kat PC Fair tu diharapkan selidik dulu betul-betul. Nak lagi bagus, beli je kat authorized dealer. Mahal sikit tak apa dari kena tipu buta-buta. Nanti sakit hati oo.

    Kalo ade antara korang yang dah terkena dan nak report kes penipuan macam ni, boleh la contact PIKOM di 03-7955 2922 supaya diorang boleh trace balik siapa vendor yang jual hard disk tersebut. Supaya di masa akan datang diharapkan takkan ade lagi kejadian macam ini. Untung-untung boleh dapat refund balik.

    Sunday, 19 May 2013

    Hari Gawai Dayak

    Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum bumiputera Sarawak, terutamanya Iban dan Bidayuh dan Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun 1965. Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuan di persembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik.


    Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan. Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang pokok yang dikenali sebagai 'ranyai' akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali sebagai 'ngabang'. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.

    Pada umumnya Gawai dalam budaya Dayak terdiri dari beberapa jenis Gawai. Gawai tersebut terdiri dari gawai untuk orang meninggal atau gawai kubur, gawai untuk pantang kampung, gawai untuk mengucap syukur atas panen padi dan sebagainya. Jadi gawai sendiri terdiri dari beberapa jenis salah satu yang populer adalah Gawai Padi atau Harvesting Gawai. Gawai sendiri dilakukan oleh kaum bangsa Dayak pada umumnya. Dayak dari berbagai sub sukunya memiliki gawai serupa yang bertujuan mengucap syukur kepada Tuhan atas berkat panen padi dan berbagai sayur mayur di ladang. Jadi gawai sendiri memiliki nama beragam sesuai sebutan masing-masing sukunya.

      

    Gawai padi adalah gawai yang sangat umum dalam kehidupan masyarakat Dayak. Dayak Iban menyebutnya Gawai Padi, Dayak Bidoih/Bidayuh menyebutnya Gawa Semangat Padi atau nosuminu. Dayak Sarawak dan Dayak Kalimantan Barat memiliki ciri yang sama dalam hal budaya Gawai tersebut sebab keduanya memang satu yang dibagi dalam dua negara.

    Budaya Gawainya sama persis dan dari namanya juga sama yakni gawai. Gawai sendiri merupakan ritual khusus kepada Jubata/Petara/Penompa/Sang Hyang/yang berisikan sesajen dan peralatan berladang yang disamaikan kepada Tuhan melalui doa doa khusus dalam bahasa Dayak itu sendiri dengan maksud dan tujuan agar kehidupan masyarakat Dayak di kampung tersebut atau di wilayah tersebut diberkati dalam kehidupannya termasuk apa yang telah Tuhan berikan sangat patut sebagai manusia mengucapkan terima kasih kepada Nya dalam wujud pesta padi atau Gawai padi.

    Thursday, 16 May 2013

    Tuesday, 14 May 2013

    Windows 8

    Windows 8 is a version of Microsoft Windows (an operating system developed by Microsoft) for use on personal computers, including home and business desktops, laptops, tablets, and home theater PCs. Development of Windows 8 started before the release of its predecessor, Windows 7, in 2009. Its existence was first announced at CES 2011, and followed by the release of three pre-release versions from September 2011 to May 2012. The operating system was released to manufacturing on August 1, 2012, and was released for general availability on October 26, 2012. Windows 8 uses version 6.2 of the Windows NT kernel.

    Windows 8 introduces significant changes to the operating system's platform, primarily focused towards improving its user experience on mobile devices such as tablets to better compete with other mobile operating systems like Android and Apple's iOS. Windows 8 features a new touch user interface and shell based on Microsoft's "Metro" design language, featuring a new Start screen with a grid of dynamically updating tiles that represent applications. The Start screen replaces the "Start menu" of earlier Windows versions. There is a new app platform with an emphasis on touch screen input, and the new Windows Store to obtain and/or purchase applications to run on the operating system.

    Windows 8 was released to mixed reception. Although reaction towards its performance improvements, security enhancements, and improved support for touch screen devices was positive, the new user interface of the operating system has been widely criticized for being potentially confusing and difficult to learn (especially when used with a keyboard and mouse instead of a touch screen). Despite these shortcomings, 60 million Windows 8 licenses have been sold through January 2013. This includes upgrades and sales to OEMs for new PCs.

    The minimum system requirements for Windows 8 are slightly higher than those of Windows 7. Windows 8 requires that a system's CPU support certain hardware features, specifically the PAE, NX bit, and SSE2.Windows Store apps require a screen resolution of 1024×768 or higher to run, while a screen resolution of 1366×768 or higher is required to use the snapping functionality for apps.

    Windows 8 system Requirement

    You want to run Windows 8 on your PC, here's what it takes:

    Processor: 1 gigahertz (GHz) or faster with support for PAE, NX, and SSE2

    RAM: 1 gigabyte (GB) (32-bit) or 2 GB (64-bit)

    Hard disk space: 16 GB (32-bit) or 20 GB (64-bit)

    Graphics card: Microsoft DirectX 9 graphics device with WDDM driver

    Additional requirements to use certain features:

    To use touch, you need a tablet or a monitor that supports multitouch

    To access the Windows Store and to download and run apps, you need an active Internet connection and a screen resolution of at least 1024 x 768

    To snap apps, you need a screen resolution of at least 1366 x 768

    Internet access (ISP fees might apply)

    Secure boot requires firmware that supports UEFI v2.3.1 Errata B and has the Microsoft Windows Certification Authority in the UEFI signature database

    Some games and programs might require a graphics card compatible with DirectX 10 or higher for optimal performance

    Microsoft account required for some features

    Watching DVDs requires separate playback software

    Windows Media Center license sold separately

    BitLocker To Go requires a USB flash drive (Windows 8 Pro only)

    BitLocker requires either Trusted Platform Module (TPM) 1.2 or a USB flash drive (Windows 8 Pro only)

    Client Hyper-V requires a 64-bit system with second level address translation (SLAT) capabilities and additional 2 GB of RAM (Windows 8 Pro only)

    A TV tuner is required to play and record live TV in Windows Media Center (Windows 8 Pro Pack and Windows 8 Media Center Pack only)

    Free Internet TV content varies by geography, some content might require additional fees (Windows 8 Pro Pack and Windows 8 Media Center Pack only)

    Monday, 13 May 2013

    Selamat Hari Guru 2013




    Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013 telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh  YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:


    GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA


    HURAIAN 1ASPIRASI:
    Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

    Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahir...an berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

    1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

    HURAIAN 1AGENDA:
    Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.


    Tuba Karaoke Pub & Lounge

    JALAN CANNA, Tabuan Tranquility (Beside Giant Hypermarket Tabuan), 93350 Kuching, Malaysia


    facebook:


     

     ****BERITA BAIK****
    Berkuatkusa 1 hb,Mei. 2013
    //////PROMOSI GAWAI//////
    Tiger Beer = RM 22.00 sejug
    Heineken Beer = RM 28.00 sejug
    Guinness Stout = RM 45.00 sejug
    Kingsway Beer = RM19.00 sejug

    Tuba Karaoke Pub & Lounge
    ......a place like no other.....Cheersss

     
     Datang beramai ramai. Segala pertanyaan dan tempahan sila hubungi talian 0168896397 & 0198788000


     
     Maxwell Perform at Tuba Karaoke Pub & Lounge
     
     
    LIVE performing at TUBA KARAOKE PUB & LOUNGE on 10.05.2013. Female Iban Artist: Wendy (Song: Anang Ngansak Sesemak)

    Emas daripada Barangan Komputer


    Ramai yang sedia maklum bahawa emas (Aurum, Au) digunakan secara meluas dalam industri pembuatan terutama elektronik dan komputer kerana kebolehannya sebagai konduktor haba dan elektrik yang baik serta menentang pengoksidaan. Emas kebiasaannya dijumpai dalam banyak peralatan komputer seperti pemproses (processor), papan ibu (motherboard), kad memori, dan peranti tambahan yang lain.
    Jika anda perasan, ramai yang menawarkan perkhidmatan membeli peralatan elektronik lusuh seperti komputer atau dekoder Astro. Tujuannya adalah untuk mendapatkan emas yang wujud di dalam peralatan tersebut. Walaubagaimanapun, langkah mendapatkan emas daripada barang-barang ini tidaklah semudah yang dijangka.

    Tom’s Hardware mendedahkan 18 langkah untuk mendapatkan emas daripada barangan komputer terpakai.

    Bagaimana Dapatkan Emas daripada Barangan Elektronik?
    Hasil kutipan motberboard terbuang.
    Bagaimana Dapatkan Emas daripada Barangan Elektronik?
    Hanya pin berwarna emas dikeluarkan menggunakan playar.
    Bagaimana Dapatkan Emas daripada Barangan Elektronik?
    Pelbagai bahan kimia digunakan seperti asid sulfurik, chlorine bleach (sodium hypochlorite) dan sodium metabisulfite.
    Bagaimana Dapatkan Emas daripada Barangan Elektronik?
    Emas tulen 0.5595 gram

    Nah, ekstrak daripada puluhan keping motherboard akhirnya memberikan anda emas tulen seberat 0.5595 gram yang bernilai USD25. Walaupun dilihat tidak berbaloi dengan usaha yang dilakukan, tetapi anda sebenarnya boleh mendapat sesuatu daripada barangan terbuang. Dalam industri, skala proses adalah lebih besar bermakna lebih banyak emas diperolehi. Anda boleh lihat proses langkah demi langkah jika anda berminat untuk mengekstrak emas daripada barangan elektronik terbuang.

    Tengok tv & dengar radio secara Online

    Cara menggunakannya:

    Anda perlukan sebuah komputer/laptop yang ada sound card, headphone, speaker. web browser dan yang penting skali, connection to the internet. You also need a plugin or dedicated audio software. Users with either Flash Player or Windows Media Player will have the best experience with liveradio.

    1. Kepada semua.. terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Jika anda mempunyai sebarang masalah untuk mendengar radio di blog ini, berkemungkinan komputer / pelayar anda tidak dipasang plugin yang diperlukan untuk mendengar radio online ..

    2. Selain itu, kami galakkan anda melayari blog ini menggunakan pelayar Google Chrome (diutamakan) , Firefox dan Opera. Untuk pengetahuan pendengar sekalian, kebanyakan player radio yang sebelum ini menggunakan “windows media player” digantikan kepada “Flash Player” di blog ini bagi memudahkan pengguna tablet yang dikuasakan oleh sistem operasi Android utk sama-sama mendengar radio di sini.
    Kepada pengguna windows, sila download Adobe Flash Player di SINI. Manakala pengguna ANDROID sila download flash player utk android di SINI.

    3. Untuk lain-lain plugin seperti Octoshep, WMP plugin for windows , sila download dan pasang plugin yang kami sediakan di SINI.

    4. Jika komputer anda ada dipasang “Internet Downlaod Manager”. Untuk mendengar sesetengah stesen radio di sini anda PERLU disablekan / untickkan sementara fungsi “capture download” bg pelayar yg anda gunakan utk mendengar radio. Lihat gambar dibawah sebagai contoh. Saya menggunakan Chrome utk mendengar radio di sini jadi saya untickkan pada chrome.

    Dah Lengkap? Contoh, aku letak link tv3 kat sini..klik link ini:


    Cara nak format Win7 komputer anda.


    Mungkin ada dikalangan kita ni tahu menggunakan komputer tetapi tidak tahu nak reloading balik windows yang dah rosak. Maksud windows yang dah rosak ni adalah Windows yang dah corrupt. Aku ni bukan la nak cakap teror bab-bab komputer ni tapi cuba anda bayangkan jika anda boleh reformat semua komputer anda dengan windows baru, anda telah menjimatkan kos penyelenggaraan ke kedai baiki komputer. Ini sudah bagus kan? Entri saya kali ni nak berkongsi serba sedikit cara nak format PC mahupun laptop anda dengan penjimatan yang teramat la sangat! Saya nak tunjukkan cara format Windows 7.

    Bahan-bahan utama:

    1. CD Windows 7 (saya syorkan Original. nak pakai Pirate boleh je tapi diiktiraf sebagai pencuri, hehe)

    2. Hardware Driver (boleh download terus di internet, simpan dalam thumb drive ataupun burn ke cd). Cara download driver, taipkan biasanya, model laptop/komputer/model motherboard..

    3. Komputer ataupun laptop (Apple Computer adalah dilarang, haha)


    Langkah-langkah:


    1. Sebelum memulakan formating untuk PC anda, saya syorkan anda untuk memeriksa hardware terutamanya cd drive anda berfungsi dengan baik. Pastikan anda backup semua file penting! Ok, untuk laptop, pastikan anda memasang bateri dan plug in power supply supaya tidak terjadi apa-apa masalah ketika format.

    • On kan PC anda, masukan CD dengan pantas!
    • Pasti akan terpampang BIOS menu kan? Maksudnya terpampang dengan besarnya jenama PC anda di skrin. Menu ni sekejap je, cepat-cepat pilih CHANGE BOOT ORDER pada screen. Untuk Acer biasanya F12.
    • Pilih DVD atau CD drive sebagai boot utama anda. Cd dalam cd driver akan berpusing dengan pantasnya.
    • Akan keluar pilihan bahasa, tekan je bahasa pilihan anda, dan Next. 
    • Jangan Buat apa2 lepas tu sehinggalah keluarnya Notis ini : PRESS ANY KEY TO BOOT FROM CD/DVD DRIVE.... ha, tekan la pape pun yang nak ditekan (biasanya Enter)
    2. Sekarang, loading sedang dijalankan. Pastikan anda tidak melakukan apa-apa sehingga diberitahu. Pastikan juga tiada terputus bekalan elektrik anda.

    3. Setelah loading selesai, akan terpampar besar notis INSTALL NOW kat screen anda. Tekan je kat situ. Selepas itu:


    • Akan keluar notis LICENCE AND AGGREMENT. Tekan I Agree je.
    • Akan keluar 2 pilihan, UPGRADE dan CUSTOM (ADVANCE). Pilih CUSTOM. 
    • Akan keluar lepas tu paparan ini :

    • Ha, ni memang sensitif sikit. Jangan sampai tersalah. Biasanya akan ada 2 partition dalam PC anda. Drive C dan D.
    • Anda kena pilih Partition yang tertulis SYSTEM sahaja. 
    • Selepas itu, tekan DRIVE OPTION, klik FORMAT yang ada di bahagian bawah.
    • Habis je Format, pilih Drive yang dah diformat tu dan Tekan NEXT.
    4. Ok, dia akan teruskan proses dengan sendirinya. Pastikan anda terus berada depan PC anda. Proses akan ambil masa dalam 20 minit mengikut kelajuan komputer anda.


    5. Habis je proses, dia akan restart dengan sendirinya akan on sendiri. Jangan lakukan apa-apa. Jangan keluarkan CD!

    6. Akan keluar sekali lagi PRESS ANY KEY TO BOOT FROM CD/DVD. Take note, JANGAN IKUT APA YANG DIA SURUH. Biarkan sahaja, jangan tekan apa-apa!

    7. Setelah itu, akan keluar starting logo windows yang biasa.

    8. Windows akan cuba habiskan Installing sekali lagi. Jangan lakukan apa-apa. Biarkan.............

    9. Selepas semuanya habis, akan ada arahan seperti berikut :

    • Setup is preparing for the first use.
    • Insert the username.
    • Type Password (kalau nak la)
    • Insert CD Key (Windows 7 Product Key)
    • Time Zoning
    • Network Selection (Lan Dan Wlan)
    • Windows is Finalizing your setting.

    10.Korang ikut semua yang disuruh. Ikut Citarasa sendiri (kecuali CD KEY).



    11. Akan Keluar starting Screen. Kiranya dah settle dah semua. Sekarang ni keluarkan CD tu, pastu masukan CD install Driver ataupun cucuk je Thumb drive kat USB tu. Install je semua driver yang korang download awal-awal tadi. Lepas tu, install software spt microsoft office dll mengikut citarasa anda. Selamat mencuba..

    Sunday, 12 May 2013

    SEJARAH ASAL-USUL IBAN

    Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut dan dengan jumlah sebanyak 876,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. [Sarawak mempunyai 112 jenis suku Dayak.

     PENEMPATAN

    Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah-rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil Tuai Rumah. Kebanyakkan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar besar di sekitar Negeri Sarawak.

    TRADISI

    Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang.




    PERAYAAN GAWAI

    Perayaan Gawai merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban. Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai Dayak,Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Panggul,Gawai Kelingkang,Gawai Tuah,Gawai Lelabi dan Gawai Antu. Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun adalah terpenting. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras boleh didapati di rumah panjang.




    SISTEM TULISAN / BAHASA IBAN

    Kaum Iban dikenali dengan " Master of Language " oleh dunia. Prof Derek Freeman adalah salah seorang dikalangan pengkaji Bahasa Iban yang menyatakan bahawa orang Iban sememangnya master of language. Prof Derek Freeman turut menyatakan bahawa Orang Iban pandai dalam menggunakan bahasa, di setiap baris ayat, mencipta serta membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat sereta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi, seperti yang digunakan dalam poems dan prose dalam Bahasa Inggeris. Orang Iban yang mempunyai bahasanya yang tersendiri, iaitu Bahasa Iban, bahasa Iban berbeza di setiap tempat bukan sahaja di Sarawak tetapi di Kalimatan, Sabah dan Semenanjung. Bahasa Iban merupakan bahasa yang seragam (homogenous). Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-satunya bangsa bumiputra di Malaysia yang mempunyai sistem tulisan yang disebut 'Turai'. Ia mempunyai tidak kurang daripada 59 abjad yang mewakili bunyi sebutan seperti tulisan rumi. Sistem tulisan ini berkesan apabila orang Iban dapat merujuk keturuan sehingga 15 generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan yang mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa penting. Salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah orang Iban ialah 'Pirate of Beting Maro' di mana mereka mematahkan kemaraan penjajah dengan serangan [Ngayau]dan membawa pulang kepala musuh yang dipenggal.


    KEGIATAN EKONOMI

    Sebahagian besar masyarakat Iban masih tinggal di rumah-rumah panjang dimana pola pertempatan bagi rumah panjang ini adalah beselerak dilembah sungai di seluruh Negeri Sarawak, segolongan besar orang Iban masih melibatkan diri di dalam kegiatan pertanian iaitu menanam padi bukit atau padi huma. Orang Iban pada zaman dahulu merupakan peneroka terulung dalam membuka hutan rimba (berimba)atau(berumpang kampong)bagi tujuan penanaman padi bukit. Aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan seluas yang termampu dengan matlamat untuk mendapatkan hasil tuaian tanaman padi yang lebih banyak. Bagi masyarakat Iban sesiapa yang dapat tuaian padi yang banyak maka dia merupakan seorang yang boleh dianggap kaya dan dipandang tinggi ,pintar dan rajin. Justeru itu masyarakat Iban pernah dianggap sebagai salah satu masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit(Sultive,1978:3). Selain itu orang Iban yang tinggal di rumah panjang masih menjalankan aktiviti memburu dan mendapat sumber-sumber hutan untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan. Pada hari ini sebahagian orang iban mula menetap di bandar- bandar besar di Sarawak, kebanyakan generasi baru Iban mempunyai pengetahuan dan kelayakan pendidikan dan berkerja di dalam sektor awam dan sektor swasta.

    Tato Dayak Iban

    Alkisah hiduplah seseorang yang bernama Gendup. Pada suatu hari dengan senjata sumpit ia berangakt kehutan rimba mencari binatang buruan seperti burung, babi, kijang dan sebagainya tapi tidak satupun binatang itu berhasil ditemuinya.

    Tiba-tiba Gendup melihat rumah, disekitar rumah didapatinya sesorang perempuan yang sedang mandi. Kepada perempuan tersebut Gendup bertanya :”ini tempat apa?” Jawab perempuan itu : “nanti kamu akan tahu sendiri ini tempat apa?”. Lalu Gendup dibawa perempuan tersebut masuk ke rumah panjang. Belum lagi Gendup masuk, didengarnya suara gaduh dari dalam rumah, Tak..tuk..tak..tuk..tak..tuk..”ada acara apa ini?” kata Gendup. Seperti sebelumnya perempuan itu menjawab “nanti kamu lihat sendiri”.

    Dengan penasaran Gendup masuk ke bilik Tuai Rumah. Sambil masuk ke dalam bilik, mata Gendup tertuju kepada sumber kegaduhan seperti yang dia dengar pada saat masih diluar. “itu mereka sedang apa?” tanya Gendup lagi. “itu orang sedang berpantang (tato bahasa iban = pantang). “kamu mau lihat” tanya perempuan itu. “mau..” kata Gendup. Dilihatnya orang-orang tersebut disekujur tubuhnya ; lengan kaki, badannya sudah berwarna hitam penuh tato. Oleh perempuan tersebut Gendup ditawari apakah mau bertato atau tidak?
    Karena ngeri, Gendup menolak tawaran itu. Tiba-tiba badan gendup dipegang orang-orang yang ada disitu, kemudian badannya diikat supaya Gendup tidak bisa bergerak. Sesaat kemudian seluruh badannya ditato oleh orang-oarng tersebut secara paksa. Setelah seluruh badannya ditato, orang-oarng yang ada disitu bertanya kepada Gendup “gimana rasanya ditato, sakitkah?”. “tidak” jawab Gendup.

    Setelah itu Gendup istirahat sejenak kemudian minta diantar pulang. “ya, kami akan antar kamu pulang” kata orang-orang itu. Sebelum diantar pulang orang-orang tersebut berpesan kepada Gendup bahwa semua keturunan Gendup boleh membuat tato dibadannya. Kemudian Gendup diantar pulang. Sepanjang perjalanan, arang yang mengantarnya mengatakan “jangan sekali-lagi kamu menoleh kebelakang”.
    Jauh sudah perjalanan, orang yang mengantar Gendup berkata “sampai disini saja saya mengantar kamu pulang”. Gendup segera melihat kebelakang kearah orang yang mengantarnya tadi, namun yang dilihatnya hanya hutan belantara. Tidak ada siapa-siapa kecuali dirinya sendiri. Sesampai dirumah, orang-orang dikampungnya kaget melihat badan Gendup yang sudah dilukis pantang atau tato tadi. Mulai sejak itulah orang iban mulai bertato hingga kini.




     
    Membuat tattoo cara tradisional



    Tattoo iban moden

     contoh tattoo kala yang dimodenkan yang ada pada kaki saya..tq mr. felix..


    Saya tolong Promote:
     
    Seahorse Tattoo Studio & Gallery
      Lot 2856, Jalan Jepun, Permy-Tudan Road, Permyjaya Industrial Estate,, 98000 Miri, Sarawak 
    Telefon:085-652 570 




    Wednesday, 8 May 2013

    TEKNIK PEMILIHAN TAYAR KERETA

    Setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. Sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. Cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

    Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

    Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

    Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

    Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)

    Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.
    Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

    S - 180 km/j
    T - 190 km/j
    U - 200 km/j
    H - 210 km/j
    V - 240 km/j
    Z - melebihi hadlaju 240 km/j
    W - 270 km/j
    Y - 300 km/j

    Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.

    Wednesday, 1 May 2013

    How to recover gold from cell phones


    People are just amazed when they hear that there is gold in mobile phones also. Until sometime ago the common notion was that in electronic waste, computer scrap is the only source of gold. And people just did not value their cellphone scrap; they would simply throw it away or sell it at a very cheap price to some plastic scrap buyer. Ever since the demand for mobile scrap grew more and more, people started thinking what is there in it that so many people are looking for mobile phone scrap? And their curiosity took them to the fact that there is lot of gold in cell phone scrap. The fact is that you get more gold from mobile phone waste in comparison to the computer waste. And a broken or defective mobile set that you simply throw away is worth no less than rupees 200 (USD 4.44) the scrap of cell phones is so costly because its motherboard is gold-plated and all the connectors used in mobile phones are also gold plated. And the chips mounted on its motherboard also have good quantity of gold and some palladium in them. And the ceramic capacitors used in cell phones have palladium in them. This way precious metal recovery from cell phone waste is a profitable business. This is the reason why many people on the net search the answer to how to recover gold from cell phones?


    How to Scrap old Cell Phones for *Gold Recovery


    You have to employ three different methods to extract precious metals from mobile phone waste. The gold from motherboards and connectors can be removed through cyanide recovery process. I mentioned in my other articles also that cyanide recovery process is quite economical and, we get complete recovery of gold through this. But cyanide being a very harmful chemical, should be handled with care and be neutralized after the use. To remove gold through cyanide gold recovery process you have to first take plain water in a steel pot and boil it on a gas stove or you can take a Teflon plastic vessel and boil the water with a heating rod. Take the quantity of water in which you can easily immerse cell phone motherboards. The amount of cyanide that you dissolve in water depends on the weight of the scrap and the quantity of water that we use. Use commercial grade sodium cyanide instead of potassium cyanide. Suppose you have 10 kilogram of motherboards and 15 litres of water, you may first add 50 grams of sodium cyanide to the water. Try to dissolve the cyanide into the water with the help of a wooden stick, and later on you may add more cyanide to the water if need be. Strong presence of oxygen should be maintained in the cyanide solution for which different types of pumps are available in the market. The more the oxygen in the solution the better will be the dissolution of gold in the cyanide solution. Once the gold has completely been removed from the motherboards, the boards should be taken out of the solution and the solution should be filtered with the help of a filter paper. The gold from the cyanide solution can be easily separated by adding zinc dust to it.
    I know the question how to recover gold from cell phones is still echoing in your mind because your question has not been fully answered. You still have to know about the gold and palladium recovery from the chips and ceramic capacitors respectively. Well, as for recovery of gold from chips you have to first burn them in an environment friendly way, then grind them into a fine powder, melt all the metals present in the powder in a crucible by mixing borax and lead with it. After melting you will get a solid mass of the mixed metals such as gold, copper and nickel etc. you can easily separate gold from it through electrolytic process.
    As for the recovery of palladium from ceramic capacitors, the capacitors first have to be crushed to a fine powder and then the palladium present in the powder is melted in a crucible as mentioned above with some lead and borax. After the metal melts in the crucible and settles to its bottom, pour it into a mold to get a solid mass of mixed metals such as palladium and lead etc. you can reclaim palladium either chemically or electrolytically.

    Tuesday, 30 April 2013

    Recover Computer Gold

    Seperti yang diketahui umum, emas adalah konduktor elektrik dan haba yang baik, ia masih digunakan secara meluas didalam peralatan elektronik di rumah anda. Emas paling mudah diperolehi pada bahagian “finger” iaitu yang jarum halus yang menyambungkan diod, perintang,transformer atau apa sahaja yang (saya dah lupa nama alat elektronik) saya main tulis je ok. Tetapi lapisan emas disini sangat nipis. Untuk mengoresnya dengan kertas pasir mungkin susah, cara paling mudah adalah larutkan processor tersebut dengan campuran Aqua Regia (seperti dibawah). Tapis (filter) buang residue, ambil result dan keringkan.



    Pekakas yang paling mudah untuk mendapatkan ekstrak emas adalah processor computer dan motherboard. Lagi lama alat itu, lagi banyak emas yang terkandung didalamnya. Baiklah sedikit bahan yang diperlukan untuk mengesktrakkan emas dari alat elektronik adalah Asid Hidroklorik (HCL) dan Asid Nitrik (HNO3) . (boleh diperolehi dalam bentuk pellet di kedai kimia berdekatan). Campurkan kedua-duanya (aqua regia 3: 1, HNO3:HCL) dan rendamkan processor. Ta-ta! emas akan diekstrak sendiri dari processor dan membentuk mendakan dibawah, basuh dan keringkan, anda telah memperolehi emas untuk dijual. Video Refining Gold dari CPU. Buka kat Youtube.. 


    Monday, 29 April 2013

    Duit & Blog

    Macam mana nak buat duit dengan blog

    Ramai orang nak buat duit online, dan salah satu caranya adalah dengan membuat blog. Buat blog memang mudah, kalau tak tau boleh mula kat sini, ada yang FREE dan ada yang kena keluar modal sikit. Bagi yang blur-blur tu elok amik yang free dulu supaya tak rugi kerana hosting dah bayar tapi content tiada. Tak perlu pening-pening, tak semetinya anda kena pandai berkarya atau menulis baru boleh buat blog. Untuk pengetahuan anda berapa ramai yang telah buat duit dengan blog hanya dengan memaparkan gambar-gambar dan video-video sahaja tanpa ada banyak tulisan atau cerpen. Hanya perlukan sedikit kreatif anda je. Ok bagi yang nak follow step by step boleh mulakan sekarang.

    Contoh blog free seperti:

    1. http://wordpress.com/
    2. http://blogger.com/
    3. http://blog.com/
    4. http://www.thoughts.com/
     
    Langkah 1
    Daftar laman blog percuma seperti diatas, dan pilih themes yang disediakan, lihat hasilnya. ok dah siap tinggalkan dulu dan pegi buat kerja lain supaya tak bosan dan hilang semangat.

    Langkah 2
    Masukkan tiga [3] post tak kira, gambar, video atau cerita anda sendiri. ok dah siap boleh tarik nafas lega anda dah berjaya hingga ke tahap ini.

    Langkah 3
    Buat kerja-kerja ping ping, apa tu ? ikut je kalau nak berjaya – hehe gurau je, jangan tension sangat buat blog ni. Ok ping ni bertujuan untuk kita memberitahu ke seluruh dunia akan kewujudan blog kita ni. jangan buat blog syok sorang-sorang, kalo orang lain tak tau macam mana nak buat duit dengan blog. Formula paling mudah untuk kita ingat [ Traffic = Duit ]
    1. http://pingomatic.com/
    2. http://www.bulkping.com/
    3. http://pingler.com/

    Langkah 4
    Submit URL blog ke search engine dan web 2.0 yang paling top-top la kiranya. untuk mudah paham citer nya kita submit url ke tempat-tempat dimana ramai orang berkumpul.
    1. http://google.com.my/
    2. http://bing.com/
    3. http://yahoo.com/
    4. http://www.stumbleupon.com/
    5. http://www.squidoo.com/
    6. http://hubpages.com/

    Langkah 5
    Daftar keprogram-program affiliate yang top-top je,dan letakkan kedalam blog kita kod-kod affiliate yang diberikan, untuk mudah paham “sebab dia orang ni dah confirm bayar”.
    1. Adsense – http://google.com/adsense
    2. Nufnang – http://www.nuffnang.com.my
    3. Adverlets – http://www.advertlets.com

    Jangan banyak sangat iklan nanti orang pening tengok blog kita. Bila dah siap semua rehat 1 hari, lepas tu ulang balik proses langkah keDua hingga langkah keEmpat, berulang-ulang dan berterusan hingga 60 hari. Lepas tu anda akan lihat duit akan mengalir ke akaun anda seperti air sungai yang mengalir terus tanpa henti-henti.
    Panduan ni adalah yang paling asas dapat saya sediakan, ikuti lagi post akan datang dengan lebih detail lagi terutama untuk hari Ke dua, hari ke tiga dan hari-hari seterusnya. Semoga Berjaya..

    Kenali Cara Download

    Bagaimana Cara Download Video Dari YouTube


    Cara Download YouTube 

    Masih ramai lagi yang tidak tahu tentang bagaimana cara untuk mendownload video dari youtube. Sebenarnya, ada banyak cara untuk mendownload video dari website youtube ini ke komputer anda. Cara yang paling senang dan tidak memeningkan kepala ialah melalui platform web based. Kedua pula melalui software dan ketiga melalui plugin internet browser.
    Satu perkara yang perlu diingat ialah file yang didownload biasanya adalah dalam format flv. Oleh itu, anda perlu ada FLV player diinstall dalam komputer anda untuk memainkan video yang telah didownload dari website YouTube ini.

    Web Based

    KeepVid

    KeepVid merupakan website yang paling popular buat masa sekarang dan menjadi pilihan utama untuk mendownload video YouTube dengan mudah. Cuma letakkan URL video YouTube dan download link akan keluar serta merta. Anda juga boleh mendownload video samaada dalam format FLV ataupun MP4.
    Download video dari YouTube

    Downloader9

    Website yang ringkas ini membenarkan anda untuk mendownload video dari website YouTube dan juga website seperti MetaCafe dan MySpace. Seperti KeepVid, letakkan URL video yang hendak di download dan link untuk mendownload akan muncul.

    VideoGetting

    Untuk sesiapa yang mahukan video dalam format lain, boleh cuba VideoGetting kerana ianya supports conversion ke format seperti WMV, MP3, MP4, MOV, 3GP, AVI, MPG, MPEG. Tapi, anda mungkin akan rasa annoying dengan pop-ups dan iklan-iklan dalam website tersebut.
    Ada banyak lagi platform web based yang membenarkan anda untuk mendowload video dari youtube tapi kebanyakannya mempunyai banyak pop-ups dan iklan-iklan yang boleh membuatkan anda rasa serabut.

    Software

    Orbit Downloader

    Software ini adalah yang paling popular digunakan untuk download video dari youtube kerana ia tidak menggunakan processing power yang banyak disamping dapat mendownload dengan lebih laju dari software-software lain. Selain dari YouTube, ia juga membolehkan anda untuk mendownload video atau audio dari website-website seperti MySpace, Yahoo dan IMEEM.
    Download video YouTube

    VDownloder

    Satu lagi software yang cukup popular untuk mendownload video seperti Orbit Downloader. Kelebihan yang terdapat pada VDownloader adalah kebolehan untuk convert video yang didownload ke format lain seperti AVI, MPG, 3GP dan MP3.

    Internet Browser Plugin

    Video DownloadHelper

    Tool ini adalah yang paling saya prefer untuk download video dari YouTube mahupun dari website-website lain yang mempunyai video. DownloadHelper adalah plugin untuk firefox dan berupaya untuk mendownload bukan sahaja video, malah audio dan gambar. Cuma surf website seperti biasa, dan bila terdapat video mahupun audio, icon DownloadHelper akan bergerak-gerak menandakan ia bersedia untuk mendownload video atau audio dari website tersebut.

    1-Click YouTube Video Download

    Plugin ini akan meletakkan satu link tambahan dalam website YouTube. Anda akan nampak link tersebut disetiap page video dalam website YouTube dan akan membenarkan anda mendownload video terus ke dalam komputer.
    Download YouTube

    Easy YouTube Video Downloader

    Fungsi dan cara kerja plugin ini adalah sama seperti 1-Click YouTube Video Download. Tapi kelebihan yang terdapat pada plugin ini dan tidak ada pada plugin-plugin seumpamanya adalah kebolehan untuk convert format video YouTube ke format FLV, 3GP, MP3, MP4 dan boleh juga mendownload video HD (High Definition).
    Video YouTube 

    Lain-Lain Software

    Free Studio

    Free Studio is an all-in-one package bundling all free multimedia applications developed by DVDVideoSoft. Free Studio Manager has 8 sections for easy access to any application: YouTube programs; MP3 and Audio; CD, DVD and BD; DVD and Video; Photo and Images; Mobiles; Apple Devices; and 3D programs.

    With this free software you can easily:
    • convert video and audio files between different formats as well as iPod, PSP, iPhone, BlackBerry and all other popular mobile phones and devices;
    • burn and rip DVDs and audio CDs;
    • upload and download YouTube videos and music to your computer, iPod, PSP, iPhone or BlackBerry;
    • perform basic editing of audio and video files;
    • record videos and make snapshots;
    • create 3D videos and images.
    Free Studio does not contain spyware or adware. It's absolutely free and completely safe to install and run.