Wednesday, 19 June 2013

Cara Menggunakan Hiren’s Boot CD Norton Ghost

Cara Menggunakan Hiren’s Boot CD Norton Ghost (Menginstall Ulang Lebih Cepat)

Cara Menggunakan Hiren’s Boot CD Untuk Backup Windows dan Aplikasi
  1. Install sebuah windows (windows 7, windows 8, windows vista ataupun windows xp) dalam suatu laptop
  2. Install driver laptop dan komputer. Baca koleksi lengkap driver acer windows xp, driver dell windows 7
  3. Install aplikasi yang paling diperlukan untuk penggunaan komputer personal
  4. Restart Komputer dan masukkan CD Hirens Boot CD Norton Ghost
  5. Setting bios dengan menekan F2 atau Del untuk menentukan urutan boot sequence CD (baca point 1 cara install windows xp tentang berkenalan dengan bios dan cara setting bios)
  6. Setelah selesai restart semula komputer, komputer secara automatic detect CD Hiren’s Boot kerana setting yang telah dibuat pada langkah 5
  7. Pilih Local > Partition > To Image (bertujuan untuk membuat backup partition dan menyimpannya dalam bentuk file image).
  8. Pilih hard disk tempat menginstall windows dan aplikasi/software (biasanya partition c:\).

    9. Pilih partition yang ingin di backup, partition c (partition tempat install windows dan aplikasi

    10. Tentukan dimana anda akan menyimpan file hasil backup hirens boot norton ghost dan klik Save.

    11. Klik OK untuk memulakan pembuatan image “Proceed with partition image creation?”.

    Tunggu hingga proses backup selesai, restart pc dan kembalikan setting urutan booting sequence pada langkah 4 di atas agar membaca hardisk pertama kali.

    Cara Restore File Menggunakan Hiren’s Boot CD NOrton Ghost

    1. Hidupkan komputer anda dan masukkan CD Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah boot sequence kepada CD (sama seperti langkah mengubah boot sequence sebelumnya).

    2. Setelah komputer restart, akan dipaparkan menu Norton Ghost

    3. Pilih Local > Partition > From Image. Pilihan ini bertujuan untuk restore semula fail Ghost tadi kepada partition asal.

    4. Pilih file backup ghost sebelumnya dan klik Open.

    5. Pilih partition yang yang anda hendak restore.

    6. Klik OK dan proses restore akan dimulai“Proceed with partition restore? Destination partition will be permanently overwritten”. Tunggu hingga proses restore selesai, dan anda boleh restart semula PC setelah proses selesai.
    Untuk testing cara ini, anda digalakan menggunakan komputer yang anda rasa tidak penting untuk proses backup dan restore menggunakan hirens boot cd norton ghost dengan tutorial/panduan di atas. Terima kasih