Tuesday, 18 June 2013

Penipu Jual Portable Harddisk Palsu di PC Fair


Nie kes penipuan berlaku di PC Fair dimana menurut sumber di forum lowyat.net penipuan ini berlaku kepada sahabat beliau yang telah membeli sebuah portable hdd berkapasiti 500GB dari salah satu peniaga yang berniaga di PC Fair 2012 baru-baru ini. Hati-hati ye lepas nie..



Tengok luaran memang nampak ori sebab dia memang pakai casing ori tapi kat dalam dia letak pendrive je nak berat dia letak pemberat.. siut betul..

Korang search dekat google korang akan jumpa kes serupa macam ni di luar negara juga antaranya kat link ni http://tech.watchstor.com/storage-module-136905_2.htm dan http://www.cntechnews.info/3-15-the-advent...ackdown-secret/ dan juga yang ni http://news.cnnb.com.cn/system/2012/03/19/007267532.shtml.


Memang kreatif kan si penipu ni sampai ramai yang terkena. So, kalau sesiapa yang berhajat nak beli External Hard Disk kat PC Fair tu diharapkan selidik dulu betul-betul. Nak lagi bagus, beli je kat authorized dealer. Mahal sikit tak apa dari kena tipu buta-buta. Nanti sakit hati oo.

Kalo ade antara korang yang dah terkena dan nak report kes penipuan macam ni, boleh la contact PIKOM di 03-7955 2922 supaya diorang boleh trace balik siapa vendor yang jual hard disk tersebut. Supaya di masa akan datang diharapkan takkan ade lagi kejadian macam ini. Untung-untung boleh dapat refund balik.